Wednesday, 16 April 2014

Perasmian Penutupan Konvensyen Profesionalisme Guru Besar Negeri Perak 2014


Perasmian Penutupan

Perasmian Penutupan Konvensyen Profesionalisme Guru Besar dan Mesyuarat Perwakilan MGB Negeri Perak telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Eb. Abdul Majid b. Yusof Ketua Pengurusan Sektor Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Dalam ucapan penutupnya beliau menekankan supaya semua Guru Besar Perakharus mengamalkan Pengurusan Mantap dan Tindakan Pantas selain dari 10 Fokus Pengurusan Pendidikan yang di mahukan oleh Pengarah Pendidikan. 

 

 

 


 

 

 


Mesyuarat Perwakilan Majlis Guru Besar Negeri Perak ke 27


          Sesi seterusnya ialah Mesyuarat Perwakilan Majlis Guru Besar Negeri Perak yang berlangsung pada pukul 9.30 pagi. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Penasihat MGB Perak iaitu Tn. Hj. Gulam Muzamil b. PK Mohamad. Dalam ucapannya beliau berharap agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancarnya.
         Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju dengan semua usul yang dibentangkan. Mesyuarat juga sebulat suara untuk melantik MGB Daerah Kerian sebagai Pengelola Konvensyen dam Mesyuarat Perwakilaan pada tahun 2015. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

 

 
 
   
  
   
  
 

  
   

 

 
 

 

Tuesday, 15 April 2014

Jamuan Makan Malam

Majlis Jamuan Makan Malam sempena meraikan kedatangan perwakilan MGB Daerah ke Larut Matang dan Selama telah diadakan di Ballroom, Hotel Taiping Perdana. Majlis yang bermula pukul 8.00 malam dengan tetamu khasnya YB Dr. Mohamad Amin b. Hj Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau turut sama hadir bagi meraikan perwakilan. Pasukan tarian daripada SK Convent Kota yang dianggotai seramai 15 pelajar perempuan telah mempersembahkan tarian kurik kundi sebagai aluan selamat datang kepada semua tetamu.