Hari 1

  

Seramai 152 orang perwakilan daripada 10 daerah telah mendaftarkan diri bagi menghadiri Konvensyen Profesionalisme Guru Besar Perak dan Mesyuarat Majlis Guru Besar negeri Perak yang ke 27 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping mulai 14 hingga 16 April 2014. Kesemua perwakilan dari 10 daerah telah selamat mendaftar sehingga pukul 6.00 petang.

 

Bermula pukul 8.30 malam pula Taklimat khas kepada semua perwakilan telah disampaikan oleh En. Khalil b. M. Lodin, Setiausaha Majlis Guru Besar Perak. Tuan Setiausaha juga turut merakamkan penghargaan terima kasih atas persiapan rapi yang telah dijalankan oleh Majlis Guru Besar Larut Matang dan Selama selaku tuan rumah pada tahun ini. Selepas taklimat berlangsung beberapa inovasi telah disampaikan oleh syarikat tempatan.



No comments:

Post a Comment