Tuesday, 15 April 2014

Perasmian Konvensyen Profesionalisme Guru Besar Negeri Perak




Perasmian : Tn. Hj. Mohd Idris b. Hj. Ramli PMP,AMP.
                  Pengarah Pendidikan Perak.

Tuan Pengarah Pendidikan Perak, terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah yang diterimanya atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Pendidikan yang baru, dan Konvensyen Profesional Guru Besar Perak ini adalah merupakan majlis pertama beliau selaku Pengarah Pendidikan Perak.

Dalam Ucaptama beliau sebelum merasmikan Konvensyen Profesionalime Guru Besar Perak beliau telah menggariskan 10 Fokus Pengurusan Pengarah Pendidikan, iaitu:

1.    Merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar.
2.    Memperkasakan Pejabat Pendidikan Daerah
3.    Memperkasakan Sekolah Premier (sebelum Merdeka) dan Sekolah Menengah (selepas Merdeka)
4.    Melaksanakan Program Pemimpin Pelapis.
5.    Pelan Strategik : Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan 2015 - 2020
6.    Memastikan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan
7.    Melaksanakan National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk memartabatkan Pendidikan Perak.
8.    Pelaksanaan Program Pendidikan berasaskan konsep 8S1C.
9.    Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.
10.  Budaya memberi penghargaan.

Beliau berharap agar semua Guru Besar dapat memberikan komitmen dalam menjalankan Fokus Pengurusan yang dibentangkan beliau.

   



 



 

 


No comments:

Post a Comment