Hari 2

Slot 1: En. Anas b. Surray
          Pensyarah Kanan IPG Tuanku Bainun
          Kepimpinan Guru Menangani Perubahan

Antara intipati ceramah ialah Guru ialah MURABBI, MUALLIM, MUADDIB, MURSHID, MUDARRIS. Perubahan merupakan satu elemen yang wujud dalam kelakuan organisasi. Pengurusan yang ingin membuat perubahan akan berhadapan pelbagai rintangan. Kegagalan mengurus perubahan yang berkesan akan membawa kepada penolakan dan sabotaj di kalangan kakitangan.

  
   

===================================================================

Slot 2: En. Abd Razak b. Mohd Yusof
           Penolong Pengarah (Pengumpulan Data)
           JPN Perak

1. E-Operasi - Perlunya semua guru mengemaskinikan data diri dalam e-operasi.Ini kerana ia berkaitan sekiranya guru tersebut memohon pertukaran dalam egtukar.Sekolah juga perlu mengemaskini maklumat sekolah dalam e-operasi.
2. Bagi audit perjawatan yang kemungkinan akan dilakukan oleh BPSH KPM ke negeri Perak pada bulan Mei nanti. Sekolah diminta menyediakan fail BSKG dan Fail Profil Guru.

  
  

============================================================

Perasmian : Tn. Hj. Mohd Idris b. Hj. Ramli PMP,AMP.
                  Pengarah Pendidikan Perak.

Tuan Pengarah Pendidikan Perak, terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah yang diterimanya atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Pendidikan yang baru, dan Konvensyen Profesional Guru Besar Perak ini adalah merupakan majlis pertama beliau selaku Pengarah Pendidikan Perak.

Dalam Ucaptama beliau sebelum merasmikan Konvensyen Profesionalime Guru Besar Perak beliau telah menggariskan 10 Fokus Pengurusan Pengarah Pendidikan, iaitu:

1.    Merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar.
2.    Memperkasakan Pejabat Pendidikan Daerah
3.    Memperkasakan Sekolah Premier (sebelum Merdeka) dan Sekolah Menengah (selepas Merdeka)
4.    Melaksanakan Program Pemimpin Pelapis.
5.    Pelan Strategik : Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan 2015 - 2020
6.    Memastikan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan
7.    Melaksanakan National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk memartabatkan Pendidikan Perak.
8.    Pelaksanaan Program Pendidikan berasaskan konsep 8S1C.
9.    Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.
10.  Budaya memberi penghargaan.

Beliau berharap agar semua Guru Besar dapat memberikan komitmen dalam menjalankan Fokus Pengurusan yang dibentangkan beliau.

   



 



 

 


============================================================================ Majlis Jamuan Makan Malam sempena meraikan kedatangan perwakilan MGB Daerah ke Larut Matang dan Selama telah diadakan di Ballroom, Hotel Taiping Perdana. Majlis yang bermula pukul 8.00 malam dengan tetamu khasnya YB Dr. Mohamad Amin b. Hj Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau turut sama hadir bagi meraikan perwakilan. Pasukan tarian daripada SK Convent Kota yang dianggotai seramai 15 pelajar perempuan telah mempersembahkan tarian kurik kundi sebagai aluan selamat datang kepada semua tetamu.
  
   
 

 
   
 

  
  
 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment