===================================================================
Sesi seterusnya ialah Mesyuarat Perwakilan Majlis Guru Besar Negeri Perak yang berlangsung pada pukul 9.30 pagi. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Penasihat MGB Perak iaitu Tn. Hj. Gulam Muzamil b. PK Mohamad. Dalam ucapannya beliau berharap agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancarnya.
Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju dengan semua usul yang dibentangkan. Mesyuarat juga sebulat suara untuk melantik MGB Daerah Kerian sebagai Pengelola Konvensyen dam Mesyuarat Perwakilaan pada tahun 2015. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.
========================================================================
Perasmian Penutupan
Perasmian Penutupan Konvensyen Profesionalisme Guru Besar dan Mesyuarat Perwakilan MGB Negeri Perak telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Eb. Abdul Majid b. Yusof Ketua Pengurusan Sektor Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Dalam ucapan penutupnya beliau menekankan supaya semua Guru Besar Perakharus mengamalkan Pengurusan Mantap dan Tindakan Pantas selain dari 10 Fokus Pengurusan Pendidikan yang di mahukan oleh Pengarah Pendidikan.
No comments:
Post a Comment